Keluarga Norish Karman

Norish Karman pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis. Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008. Hishamuddin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.[1] Pada 2011, Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberi hak penjagaan tiga anaknya kepada beliau. Norish memfailkan kes itu pada 10 Oktober 2008.[2]

Kehadiran anak ke-4 bernama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya. Anak bungsunya itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya melalui pembedahan.[3] Beliau menetap di sebuah perumahan elit di Mont Kiara, Selangor. Ibunya Sherifah Salmah Aljunied, 66, dan bapanya Karman Sukarjo, 74, kini bersamanya di Mont Kiara. Norish Karman adalah anak kedua dalam tiga beradik perempuan.